SELAMAT DATANG


KLIK FOR MORE INFO

Jumaat, 25 Julai 2014

Resepi Laksa Mak Mertuaku

Assallammualaikum semua..

Masa baru pindah ke sini. Mak mertua masakkan laksa. Mungkin dia ingat laksa tu feveret aku kot. Tapi tak pa. I like it. :)

Resepi Laksa Mak Mertuaku

Bahan2 nya

Mee Laksa (rendam,  celur dengan air panas dan toskan)
Ikan Temenung
Daun Kesum
Bunga Kantan (nak simpan boleh, xsimpan pun boleh)
Asam gelugur
Air untuk merebus
Serbuk Knor

Untuk hiasan / perasa tambahan

Limau nipis
Cili hijau (hiris)
Timun (hiris)
Telur ayam (rebus & potong)

Kisar (a)

Cili kering
Belacan
Ikan bilis goreng tanpa minyak (sikit jer untuk bagi tambah perasa)

Kisar (b)
Bawang besar
Bawang putih (sikit jer)
Lengkuas(sikit)
Serai

Caranya :

1. Kisar bahan (a). Cili kering rendam. Nak cepat rebus je. Belacan jangan lupa bakar. Ikan bilis pula. Goreng tanpa minyak. Goreng sampai kuning2 gitu. pastu blend sekali. Ketepikan.

2. Bahan kisar (b) kisar sekali. Dan ketepikan.

3. Rebus Ikan Temenung dengan air. Campur sikit asam gelugur.. Air jangan buang yer. Dah mendidih dan ikan pun masak. Asing isi dengan tulang.

3. Isi ikan kisar dengan air rebusan ikan. Pastu tapis. Tulang ikan pun kisar dengan air rebusan ikan. yang ni pun tapis juga. tapis tu ikut la berapa kali nak tapis. kalau mak mertua dia tapis sampai x rasa ada tulang2 halus tu. nanti susah nak makan. dah siap tapis2.

4. Ais rebusan ikan yang dah tapis tu masuk dalam periuk. Masuk semua bahan kisar dan didihkan. Masuk semua bahan perasa. serbuk knor, asam gelugur, daun kesum dan bunga kantan. siap boleh dimakan. Hidang bersama limau nipis, cili hijau yang telah dihiris, timun, telur rebus yang telah dipotong.

>>>>> Petua MIL nak start masak tu. baca selawat <<<<<<

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana berkunjung ke blog ini
Jangan memalu tinggalkan komen yer.