SELAMAT DATANG


KLIK FOR MORE INFO

Khamis, 13 November 2014

Pagi yang indah

Assallammualaikum semua...

Lamanya tak jenguk blog ni.. Masih sibuk dengan kehidupan seharian. Membataskan untuk post entri Kat sini... Rindunya nak join segment. Ada sesapa yang buat segment ke?

Ingat naik buat segment sendiri. Tapi xberkesempatan lagi. Insyallah akan di buat juga nanti.

Here I am.. In Kedah.. Takziah buat kawan2 yang rumah diaorang kena bencana ya.

Akhir kata.. Nanti bila dah free. Blog korang ku lawat.:)

Rabu, 24 September 2014

Thank You CT


Assallammualaikum.. 
Hadiah dterima dengan selamat.

Hah! walaupun xseberapa. Namun Saya hargainya. Terima kasih Cik CT. 

Semoga tercapai segala apa yang d hajatkan. Amin..
rezeki Ada d mana2. Yang pending DOA, usaha.


Selasa, 23 September 2014

Selamat Malam

Assallammualaikum semua.. Maaf bebanyak kerana lama tak singgah kat blog korang. Teringgin blog walking. Tetapi situasi tak mengizinkan.

Macam naik bersawang dah blog ni takde tetamu tan masuk. Empunya blog pun tak masuk.

O ya.. Nanti next entri naik masukkan hadiah daripada blogger cik ct. walaupun tak seberapa. Tapi hadiah tu sapa naik bagi free kan. Apapun, yang penting enjoy.:-)

Jumaat, 5 September 2014

Pertandingan Memancing Udang Galah

Bagi Penduduk Sabah yang Suka Memancing.. Nah! Ada pertandingan Memancing Udang Galah (Kg. Suasa, Beaufort). Sempena Hari Malaysia.

Maklumat Lanjut : KLIK Sini

Pertandingan Memancing Udang Galah - HADIAH LUMAYAN MENANTI


Rabu, 3 September 2014

Bloglist Kerana Kau Ada

Jom join.. tarikh tutup sebelum 9/9/14



Segmen Raya 2014 By Bella Din


Assallammualaikum semua..
bw again.. jom join.. tarikh tutup lama lagi.


BW again

Assallammualaikum semua sahabat blog..

Sekarang ni masih kat Sabah. Huhu.. Tapi geram nak blogwalking nie.. Wah! banyaknya segmen tertinggal. Ada sesapa buat segmen lagi? meh, paste link kat sini. Sesambil tu nak jenjalan kat blog korang.

Ni dah seminggu lebih tak jenguk blog sendiri. Nak belek sesatu dulu. Yang dah follow tu.. nanti kiter follow balik yer.

O ya.. apasal yer.. ada sesetengah blog tu.. kiter dah follow.. pastu, nanti esok lusa kita masuk kat blog tu semula.. icon kat tu [join this site].. macam kiter tak follow. tapi sebenarnya dah follow. korang tau ke kenapa camtu? maaf la.. budak baru nak berblog ni tak tau apa2.

Ttunggu ku terjah blog korang yer.. Sabar..:)

Jumaat, 22 Ogos 2014

Welcome come back Sabah

Assallammualaikum dan selamat pagi semua.. (Berdosa tau xjawap salam). He he

Semalam fly by Air Asia to Sabah. Oleh kerana tak sempat sarapan pagi. Terpaksa la order nasi ayam diaorang. Tau memang mahal. Oleh kerana lapar. Amik je la. Rm15 share dengan hero kesayangan. Tak habis.

O ya.. Jika korang nak datang ke Sabah. Kalu korang on the way ke Kundasang. Singgah la kat Rumah Terbalik. Pekerja tu kata kat dunia ada 6 je rumah yang terbalik ni. Nanti ada masa gambar ditempel. Tak tau mana da.

Lagi satu nak info. Sepanjang masa kat sini. Online pun kurang sikit. Sedhyer..xdpt bw buat masa ni. Apapun.. Bila da online lagi. Ku jejak korang semula. Yang penting jangan lupa tinggal jejak:)

Bye:)

Selasa, 19 Ogos 2014

SEGMEN: Magikkan duniaku by kapas-putih.blogspot.com

Assallammualaikum dan  selamat pagi semua..
jom join segmen ni. 
Segmen Magikkan Duniaku by kapas putih blogspot.com

pilihan 1
Salah Satu Koleksi Motor Hero Kesayangan

Segmen berjalan selama 24jam dari 8.00pagi (19/08/2014) - 8.00pagi (20/08/2014)

Khamis, 14 Ogos 2014

Mega Giveaway Anak Merdeka Malaysia

Assallammualaikum.. jom meriahkan lagi segmen ni..


Klik Banner Untuk Join

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Alhamdulillah... setelah sebulan lebih perancangan, akhirnya dapat juga saya lancarkan buat julung kalinya Mega Giveaway 2014. 

Give Away ini adalah sempena bulan kelahiran saya dan anak merdeka Faiqah iaitu pada tanggal 31 Ogos. Mega Give Away ini dianjurkan oleh pemilik blog ini dan ditaja oleh ramai blogger untuk mencari ramai pemenang. 

Mega Give Away ini ditaja oleh:

Tempoh:
03 Ogos 2014  hingga 16 September 2014 [23:59PM]

Hadiah:
Cash RM30
Cash RM20
Cash RM20
1 Naskah al-Quran
Buku terbitan Ana Muslim 
Buku Agama x 1 Pemenang
Kain Ela 2Meter Warna Plain
Wallet Sophie Paris
Wallet
Widescreen Sticker
Voucher RM5 untuk barang preorder di Cayesha
Brooch
2 Car Perfume
Keychain Sarawak
EXO-M Postcard
Bookmark dan Keychain
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 2
Topup RM10 x 2 
Topup RM10 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 1 
Topup RM5 x 2 
Topup RM5 x 2 
Header Blog x 2 
Watermark x 5 
Review Blog x 2
Hadiah Misteri x 2 

SEGMEN: Kapas Putih August Bloglist

Assallammualaikum.. jom join.. Sementara masih ada masa..:)
Klik pada banner untuk join yer

Rabu, 13 Ogos 2014

Segmen: Bloglist Ogos 2014 By PERMATABIRU


SEGMEN DAH TAMAT

Assallammualaikum... jom join.. 


Segmen tamat : 14 Ogos 2014 / 12 tengahari

RENUNGAN BUAT KITA BERSAMA

Saya kongsikan artikel yg sangat baik. Dapat dari fb

LELAKI TUA BERKAIN PELIKAT BACA AL QURAN SETIAP KALI LEPAS ASAR SAMPAI MAGHRIB...

Saya jumpa lelaki tua ini.. Selalu lepas Asar, dia iktikaf di Masjid.. Baca al Quran.. Umur dlm 70an.. Duduk rumah dkt masjid.. Rumah agam besar & menarik.. Hartanya di sana sini.. Ada bangunan komesil tengah bandar, bernilai dlm RM 35 juta.. Pendapatan pasif kutip sewa dlm RM70k sebln... Belanja RM 20k & baki RM50k, dia sedekah & infaq.. Dia tenang bersendirian melayani anak cucu.. Saya mahu ambil gambar, tapi dia menolak.. Katanya malu.. Saya minta 1 formula, dia berikan 10... Saya catat & mahu kongsikan..

1. Pertama, dia kata muliakan ibu bapa.. Doa ibubapa adalah segala galanya.. Ia tiada hijab, terus termakbul.. Raikan ibubapa & jaga mereka sepanjang usia.. Doakan mereka apabila telah tiada..

2. Jaga masa.. Ia datang & berakhir.. Urus masa antara 5 waktu solat.. Atur kerja dgn sebaik cara.. Pada setiap waktu, ada perkara yg kita mulakan.. Berada di masjid, sebelum azan.. Masuk waktu, terus lah solat.. Selepas solat, bertebaran lah berusaha cari rezeki..

3. Berdoa dgn khusyuk.. Berserah pada Allah & bertawakal lah.. Allah tahu apa yg terbaik utk kita..

4. Namun begitu, kena lah berusaha.. Usaha pagi ptg siang & mlm.. Usaha lah bersungguh2.. Usaha bermula dgn berniat.. Lepas itu buat, sampai dpt.. Kalau tak dpt, usaha yg lain pula.. Adakan masa utk baca Al-Quran.. Maka dia pun nasihatkan saya.. "Org yg membaca surah Al-Ikhlas satu kali, sama ganjarannya dgn memperolehi ganjaran membaca 1/3 Al-Quran.. Jadi jika membaca surah Al-Ikhlas 3 kali, mendpt ganjaran seperti membaca 1 naskah Al-Quran.. Lelaki tua itu berkata, mulut dia tidak berhenti baca surah al Ikhlas.. Kadang2 sampai 1000 kali sehari..

5. Jaga Kesihatan.. Banyak kan berjalan kaki.. Banyaknkan minum air masak atau air mineral.. Jaga pemakanan..

6. Hidup kena buat target & kena ada wawasan.. Ikat perut & usah membazir.. Makanan & minuman mesti lah dihabiskan.. Usah berlagak org kaya, padahal kita teman pada syaitan.. Sentiasa lah belanja org mkn & minum.. Apabila mkn di kedai yg kecil, perhatikan kebersihan kedai itu.. Apabila bersih masuk.. Disitu kita akan temui ramai org susah.. Belanja mereka mkn & minum..

7. Bila waktu maghrib, usah berada di atas jln... Apabila dlm perjalanan, berhenti.. Cari lah masjid.. Apabila di rumah, tutup pintu rapat2.. Malam, buang sampah sarap.. Basuh pinggan mangkuk.. Pastikan semua teratur sebelum tidur.. Gunakan waktu antara maghrib & isyak utk tuntut ilmu agama.. Boleh dgr org mengajar.. Boleh juga baca kitab.. Lepas Isyak, buat kira2 untung & rugi.. Siapakan bahan utk kerja esok hari..

8. Usah takut jumpa org.. Walau pun 5 minit mahu berjumpa., pergi lah sendiri.. Usah pakai posmen apabila depani soal penting.. Biar kita merangkak panjat bangunan.. Biarlah kita ambil masa berhari hari perjalanan.. Yg penting, sampaikan dgn tgn sendiri..

9. Balik mlm, usah cakap penat, usah cakap letih.. Usah cakap sakit.. Apabila sakit, senyum.. Allah sedang luruhkan dosa.. Lepas sakit, kita akan lagi bertenaga.. Siapakah dlm dunia nie yg tidak pernah rasa sakit, jatuh & dihina.. Semua pernah, termasuk lah Rasulullah SAW.. Namun, baginda ajar kita utk maafkan semua org..

10. Niat kan mahu kaya.. Niat kan mahu bantu ramai org.. Niat mahu jadi manusia berguna.. Niat itu macam tulis surat.. Dulu tiada internet, mcm tulis surat lah.. Salah tulis alamat, akan sampai salah tempatlah surat itu.. Maka tulis alamat betul2.. .

Selasa, 12 Ogos 2014

New Tab

Assallammualaikum..

Setelah beberapa kali trial.. akhirnya Mister Linky telah berjaya di masukkan..

Tutorial pun dapat daripada Atikah Madiah yang mana diperkenalkan oleh Cik Mimie..

heheh... kenapa nak masuk juga mister linky ni....

Kerana mudah bagi saya untuk melawat korang... for sure senarai dalam mister linky ni yang akan di lawat terlebih dahulu..  rakan blogger yang meninggalkan link kat komen. Kita lawat juga.. Tapi lebih baik tinggalkan jejak korang kat SINI yer.. supaya senang saya masuk dan rakan blog yang lain pun senang. JUST KLIK..

Terima kasih banyak pada yang tinggal jejak korang yer.. Nanti saya ziarah korang.. Nak tolong mak mertua masak dulu..

jumpa lagi:)

Ahad, 10 Ogos 2014

Widget top commentators


Assallammualaikum dan selamat pagi semua...

Apa kabar semua.. blogwaking korang semua berjalan lancar? 1st time blogwalking setelah beberapa bulan membina blog ni. 1st time tu yang join 3 - 4 segmen blogwalking. huhu.. dok fikir blogwalking tu apa.. hehe.. jika di translatekan.. jadi blog berjalan. Betul la tu kan.. kita berjalan / melawat / blog2 yang lain la kan...


Nak orang lain masuk blog kita... kita kena rajin blogwalking. Terutama macam aku ni.. masih setahun jagung membina blog (setahun pun xsampai).

Nak habaq ni. aku try buat Widget top commentators. tak tau la menjadi ke tak. kalau xmenjadi. atau jika blog jadi berat sangat. nanti akan di'remove' je la.Huhu... Oleh kerana aku ada dua tiga blog untuk bisnes online tuk inner magic dan shawl. ingat nak merge sekali dalam ni. Payah sikit nak monitor banyak2 blog. Pendapat korang cemana... ??Oh ya.. sesapa yg nak buat apa2 segmen blogwalking tu.. Jika nak cari sponsor. aku boleh jadi salah sorang sponsor korang. huhu.. Untuk sehelai dua helai tiga helai inner tu boleh.. :) Nak lebih2 xdapat la nak tolong. huhu..

Sabtu, 9 Ogos 2014

Blogwalking MERDEKA Bersama Ayuinsyirah


Assallammualaikum.. 


Blogwaking Merdeka Bersama Ayuinsyirah

Klik Image untuk join yer

Test entri

Assallammualaikum... entri di tulis pada 09.08.2014 jam 9.32am.. tu date yang set kat laptop ni..

hari ni berapa haribulan sebenarnya? Sejak jadi suri rumah sepenuh masa ni. kalender entah ke mana... hari tak ingat. Nasib la ada handphone.. ish ish ish...

tujuan entri ni adalah untuk tengok date apa pula yang tertera..


Jumaat, 8 Ogos 2014

Giveaway Harry Potter Postcards from Germany

Assallammualaikum..


give away ni.. kira menarik sangat kerana ada stamp..
Betapa gembiranya jika dapat ni.. huhu..
penulis blog ni.. bukan kat Malaysia.. jadi yang besh nyer tu.. giveaway adalah barangan yang di beli di luar negara.. mmm yang penting ada stamp. huhu.. 
Sapa yang berminat kumpul stamp. boleh join giveaway ni mana tau leh menang. 

Okey.. masa masih panjang... 

give away akan berakhir pada 27 Ogos 2014

Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura Mazlan

Klik Banner Untuk Join

Join Segmen Bloglist : Cerita Adinda Baizura Mazlan
Tarikh Tutup 15 Ogos 2014

Date Hari ni..

Assallammualaikum... Mmm... napa erk.. aku post.. date  yang tertera 7 hb Ogos.. padahal.. bari post tadi.. Hari  ni berapa haribulan yer....

apa masalahnya ni ya.. memang time tu gitu ka.. laptop masalah ker.. ada sesapa yang boleh bantu tak,..

GA Cik Anita saya nak MENANG BAJU FREE

SEGMEN DAH TAMAT

Assallammualaikum..
pemenang bertuah dapat hadiah baju
tarikh tutup 14 Ogos 2014
Jom Join beramai-ramai



Klik pada Banner untuk join

Segment Blog Walking Ogos By Karya Mahirah

SEGMEN DAH TAMAT

Assallammualaikum semua.. jom join 


Syarat-syaratnya

1. Wajib follow blog KM
2. Buat Tajuk Entry "Segment BlogWalking Ogos By Karya Mahirah"
3. Copy Banner di atas. jika tak boleh "drag" banner di atas ke entri korang.
4. Backlink semula ke entri segmen KM ni
5. Tinggalkan link entri korang di sini 
6. Mesti blog walking ke semua peserta segmen ini. *mmg tujuan asal segmen ni. 
7.Warganegara

Hadiahnya
Top Refferal akan menerima duit raya sebanyak RM10
5 peserta bertuah akan menerima RM5 setiap sorang

Apalagi jom join
Tarikh Tutup 15 Ogos 2014

Jangan lupa tinggal jejak anda di SINI yer..

CPUV Nuffnang yang Pertama - August

Assallammualaikum, sejak join berblog dan join nuffnang. Ni 1st time dapat campaign daripada nuffnang.

Setengah tahun baru dapat. Ni pun jarang dapat update blog ni..

Campaign =>  Air Asia Go - Korea Sale. Harap campaign bertahan lama. huhu..

Khamis, 31 Julai 2014

Keja Di rumah Lebih Memenatkan berbanding Keja Pejabat

Assallammualaikum semua..

Selamat hari raya aidilfitri pada semua para pembaca blog.

Mmm.. ada yang dah berkeja. ada yang tanam anggur. Apa kata korang masuk laman web kat bawah ni.. Mana tau ada yang sesuai.. ada yang berkenan..

Buat ibu2 yang tak keja tu.. tapi duduk rumah jaga anak2.. dont feel sad.. jaga anak pun keja.. malah berpahala. Memang penat. Tapi puas hati bukan??? heheh.. Kadang tu.. rasa masa sehari tu tak cukup untuk disiapkan. Layan karenah dua tiga orang. Masak lagi.. cuci baju, sidai baju, nak lipat lagi.. mengemas lagi.. nanti malam 'overtime' pula.. huhu.. silap haribulan.. mata jadi mata panda pula.. tapi xpa.. pahala pahala.. Buat suami2 pula.. jangan ingat isteri korang tu.. duduk rumah.. makan tidur je.. penat tau.. duduk depan laptop ni pun bukan leh lama sangat. Anak merengek pun isteri juga yang nak layan.. padahal ada tu.. suami just duduk2 jer.. belek handphone. handphone tu tak lekang dari tangan. Tu la yang kawan2 bagitau mengenai suami diarg. Bagi yang boleh bertolak ansur tu.. Alhamdullillah.. tu memahami.

Macam2 ada.. heheh.. dugaan dugaan...

>>>> JAWATAN KOSONG.. <<<<<

Jumaat, 25 Julai 2014

Bedak Arab Kokuryu

Adik ipar baru balik dari Mesir. Macam2 barang dibawaknya. Mak mertua pesan bedak ni dari negara tu. Memang ori punya la.. Bila tengok bedak ni. Mmm.. macam old fesyen pun ada.. huhu.. Mak mertua ada bagitau cara  nak pakai.

Tapi sekarang ni tak pakai lagi. Pasal baru ni dah encik suami belikan bedak muka. Garnier tu.. hahah.. masih baru lagi. baru pakai sekali. Jadi rasa sayang pula nak guna bedak arab ni. Tapi oleh kerana terbaca posting bicarafarah pasal bedak ni. Terus rasa teruja pula. hahah... rasa nak pakai sekarang pun ada.. heheh

Sabar2.. nanti la masa raya rasmikan bedak arab tu.

O ya.. adik ipaq ada jual bedak ni. Ada sesapa nak beli ker... Jika nak beli info la yer. Mana tau kot2 habis stok.:)

Timbang Berat Blog..

Assallammualaikum...

hahaha.. biar betul. Ingatkan.. kita ni saja yang nak kena timbang berat. Rupanya blog pun ke timbang.

Tujuannya supaya pengunjung xperlu tunggu lama masa loading.

Cara nak timbang boleh layari di sini

credit to ::: bicarafarah

Pos laju oh Pos Laju

Assallammualaikum...

Sejak kelmarin tunggu encik posmen datang hantar barang . Inner Magic tak sampai lagi. Silap tak call pejabat pos hari ni. Boleh amik terus kat pejabat pos. Tak perlu susah nak tunggu.. Mmm...

Barang dah mak n adik pun xsampai lagi. Dua parcel. adeh... bila la nak sampai ni.. harap2 Sabtu ni pejabat pos bukak..


Resepi Laksa Mak Mertuaku

Assallammualaikum semua..

Masa baru pindah ke sini. Mak mertua masakkan laksa. Mungkin dia ingat laksa tu feveret aku kot. Tapi tak pa. I like it. :)

Resepi Laksa Mak Mertuaku

Bahan2 nya

Mee Laksa (rendam,  celur dengan air panas dan toskan)
Ikan Temenung
Daun Kesum
Bunga Kantan (nak simpan boleh, xsimpan pun boleh)
Asam gelugur
Air untuk merebus
Serbuk Knor

Untuk hiasan / perasa tambahan

Limau nipis
Cili hijau (hiris)
Timun (hiris)
Telur ayam (rebus & potong)

Kisar (a)

Cili kering
Belacan
Ikan bilis goreng tanpa minyak (sikit jer untuk bagi tambah perasa)

Kisar (b)
Bawang besar
Bawang putih (sikit jer)
Lengkuas(sikit)
Serai

Caranya :

1. Kisar bahan (a). Cili kering rendam. Nak cepat rebus je. Belacan jangan lupa bakar. Ikan bilis pula. Goreng tanpa minyak. Goreng sampai kuning2 gitu. pastu blend sekali. Ketepikan.

2. Bahan kisar (b) kisar sekali. Dan ketepikan.

3. Rebus Ikan Temenung dengan air. Campur sikit asam gelugur.. Air jangan buang yer. Dah mendidih dan ikan pun masak. Asing isi dengan tulang.

3. Isi ikan kisar dengan air rebusan ikan. Pastu tapis. Tulang ikan pun kisar dengan air rebusan ikan. yang ni pun tapis juga. tapis tu ikut la berapa kali nak tapis. kalau mak mertua dia tapis sampai x rasa ada tulang2 halus tu. nanti susah nak makan. dah siap tapis2.

4. Ais rebusan ikan yang dah tapis tu masuk dalam periuk. Masuk semua bahan kisar dan didihkan. Masuk semua bahan perasa. serbuk knor, asam gelugur, daun kesum dan bunga kantan. siap boleh dimakan. Hidang bersama limau nipis, cili hijau yang telah dihiris, timun, telur rebus yang telah dipotong.

>>>>> Petua MIL nak start masak tu. baca selawat <<<<<<

Khamis, 24 Julai 2014

Tips meningkatkan pendapatan blog anda!

Apakah yang anda perlu lakukan?

Berikut adalah tips daripada daripada nuffnang buat yang tak tau:

Cara-cara untuk meningkatkan trafik blog anda. 
Pihak Nuffnang mencadangkan minimun 20 views setiap hari. maksudnya. Kena rajin la update blog. Jika boleh dapat lebih daripada 100 view lagi bagus.

Pilih susun atur blog yang memberikan ruang untuk unit iklan! 
Nuffnang mempunyai 3 jenis unit iklan yang anda boleh letak di blog anda iaitu leaderboard, skyscraper, dan large rectangular. Kebanyakan pengiklan akan memilih unit iklan leaderboard dan skyscraper. Jadi iklankan semua.

Pastikan Nuffnang mengetahui apa jenis blog anda!
Pada masa anda berdaftar dengan Nuffnang, anda dikehendaki melengkapkan kajian untuk memilih kategori blog anda. Dengan ini, ia membolehkan kami untuk mencari blog yang sesuai untuk kempen iklan yang berkenaan.

Memahami pembaca blog anda.
Dengan memahami pilihan pembaca blog anda, anda boleh mengetahui bagaimanakah pembaca anda akan bertindak terhadap iklan dan jenama yang ada pada unit iklan blog anda. Iklan Nuffnang adalah disasar kepada kategori atau golongan yang berkenaan. Jadi kena update kat survey tu rerajin la yer.

Pengiklanan banner Nuffnang. 
Nuffnang akan memapar iklan di unit iklan yang ada pada blog yang telah berdaftar dengan Nuffnang. Unit-unit iklan tersebut membolehkan pihak nuffnang mengukur trafik blog anda, dan pada masa yang sama dapat mengiklankan di blog anda. Dengan cara ini, anda akan mendapat pendapatan. Walaupun anda hanya dikehendaki meletak salah satu unit iklan di blog anda, tetapi lebih banyak unit iklan yang anda letak, semakin tinggi peluang blog anda akan dipilih untuk kempen iklan yang berkenaan.

Nota yang belum ada akaun nuffnang.. boleh la daftar
 Sekian.. Selamat menambah pendapatan dengan nuffnang:)

Rabu, 23 Julai 2014

Tutorial : Sign up Nuffnang

Assallammualaikum..

Join nuffnang ni baru jer.. terkial2 juga pada mulanya. Tapi nak tau juga iklan nuffnang ni cemana kan. Jadi daftar la.. hah! Kat bawah ni step by step nak sign up ke nuffang.

Cara-caranya ialah:-

1. Masuk ke nuffnang
2. Sign up. korang Isi la apa2 yang perlu yer.
3. Clik next next. isi mana yang patut.
4. Isi borang survey
5. Add blog korang dalam nuffnang.
6. Iklankan iklan dari nuffnang tu. korang just klik. copy code dan paste ke blog korang.
7. Hasilnya.. korang tgk kat blog ni yer.

Nota : Ni secara ringkas. Nanti ada masa printscreen dimasukkan. Supaya leh senang faham lagi.


testing

testing jap.. .<.a href="http://familizone.blogspot.com/".>.Familizone./a.>. Familizone

Tutorial Blog : Bunga berguguran

Assallammualaikum semua..

Tutorial ni tempek kat sini untuk ingatan pada diri sendiri juga. Kadang dah tempek sesuatu tu.. Such as  bunga2 berguguran  nie la.. bila dah boring. Rasa nak remove pula. Bila dah remove dan nak tempek balik. haha.. xtau mana nak cari. 

Cara nak bagi bunga berguguran kat blog.

1. Sign in > design >









2. Layout > add a gadget















3. Cari html/javascript














4. Paste code ke dalam content



<script>if(typeof jQuery=='undefined'){document.write('<'+'script');document.write(' language="javascript"');document.write(' type="text/javascript"');document.write(' src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.2/jquery.min.js">');document.write('</'+'script'+'>')}</script><script>if(!image_urls){var image_urls=Array()}if(!flash_urls){var flash_urls=Array()}image_urls['rain1']="http://2.bp.blogspot.com/-IQXNv-_CBLE/TpWcK7LL4VI/AAAAAAAAG0I/bcxYcqc_uI0/pinkpetal1.png";image_urls['rain2']="http://4.bp.blogspot.com/-teXCIicWPF4/TpWcLLg0A2I/AAAAAAAAG0U/IPPCr1gponc/pinkpetal2.png";image_urls['rain3']="http://3.bp.blogspot.com/-3JG9HLECCRU/TpWcLZGSYtI/AAAAAAAAG0g/zIJINua93TE/redpetal1.png";image_urls['rain4']="http://2.bp.blogspot.com/-BByhQEK5E24/TpWcLux4xRI/AAAAAAAAG0s/x2hIr1AV_Ac/redpetal2.png";$(document).ready(function(){var c=$(window).width();var d=$(window).height();var e=function(a,b){return Math.round(a+(Math.random()*(b-a)))};var f=function(a){setTimeout(function(){a.css({left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100)}).animate({top:(d-10)+'px'},e(7500,8000),function(){$(this).fadeOut('slow',function(){f(a)})})},e(1,8000))};$('<div></div>').attr('id','rainDiv')
.css({position:'fixed',width:(c-20)+'px',height:'1px',left:'0px',top:'-5px',display:'block'}).appendTo('body');for(var i=1;i<=20;i++){var g=$('<img/>').attr('src',image_urls['rain'+e(1,4)])
.css({position:'absolute',left:e(0,c)+'px',top:'-30px',display:'block',opacity:'0.'+e(10,100),'margin-left':0}).addClass('rainDrop').appendTo('#rainDiv');f(g);g=null};var h=0;var j=0;$(window).resize(function(){c=$(window).width();d=$(window).height()})});</script>
<script>if(typeof jQuery=='undefined'){document.write('<'+'script');document.write(' language="javascript"');document.write(' type="text/javascript"');document.write(' src="http://ajax.googleapis.com/ajax/libs/jquery/1.4.2/jquery.min.js">');document.write('</'+'script'+'>')}</script><script>$(document).ready(function(){var a=$('<img>').attr({'src':'http://2.bp.blogspot.com/-IQXNv-_CBLE/TpWcK7LL4VI/AAAAAAAAG0I/bcxYcqc_uI0/pinkpetal1.png','border':0});$('<a></a>').css({position:'absolute',right:'0px',top:'22px','z-index':'90'}).append(a).appendTo('body')});</script>


:::: credit to bicarafarah:::::

Jumaat, 18 Julai 2014

Ribuan nyawa hilang dalam kes pesawat ditembak jatuh

Berikut ialah senarai pesawat penerbangan komersial utama yang ditembak jatuh sejak 40 tahun lalu:

21 Februari, 1973: Pesawat 114 Penerbangan Libya dari Tripoli ke Kaherah ditembak jatuh di Semenanjung Sinai oleh jet pejuang F-4 Phantom II Israel, mengorbankan 113 orang di dalam pesawat.

September 1, 1983: Sejumlah 269 penumpang dan kru pesawat 007 Penerbangan Korea terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh oleh pesawat pejuang Su-15TM Soviet berhampiran Pulau Moneron, barat Pulau Sakhalin Island, di Laut Jepun. Pesawat dalam penerbangan dari Anchorage ke Seoul.

3 Julai, 1988: Sebanyak 290 penumpang dan kru Pesawat 655 Penerbangan Iran terbunuh selepas pesawat ditembak jatuh peluru berpandu kapal Tentera Laut Amerika Syarikat USS Vincennes. Serangan berlaku di ruang udara Iran, di kawasan perairan Iran Teluk Parsi. Pesawat dalam penerbangan dari Tehran ke Dubai. 

29 September, 1998: Pesawat Lionair LN 602 yang dikendalikan Antonov An-24RV terjatuh ke dalam laut di pantai barat laut Sri Lanka dalam keadaan misteri, membunuh 47 penumpang dan kru. Namun sesetengah laporan menyebut ia ditembak oleh pemberontak Pembebasan Harimau Tamil Eelam.

17 Julai, 2014: Pesawat MH17 Malaysia Airlines, dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dipercayai ditembak jatuh di Ukraine. Sejumlah 298 orang berada di dalam pesawat.

-BERNAMA

Lagi Berita Pesawat Mas Terhempas Boeing 777 MH17

Belum lagi selesai pasal MH370. Negara sekali lagi dikejutkan dengan pesawat MAS Boeing MH17 yang terhempas.

Pesawat penumpang Boeing Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia malam ini.

Presiden Ukraine, Petro Poroshenko percaya ‘tindakan pengganas’ menjadi punca pesawat Malaysia terhempas malam ini, kata setiausaha akhbarnya.

Bursa saham Amerika Syarikat (AS) menjunam hari ini susulan berita sebuah pesawat Malaysia Airlines (MAS) terhempas di Ukraine serta laporan yang mengaitkannya ditembak jatuh mencetuskan kebimbangan baharu merebaknya konflik Russia. Dagangan purata Dow Jones merosot 43.74 mata (0.26 peratus) kepada 17,094.46.

Dagangan S&P 500 jatuh 9.58 mata (0.48 peratus) kepada 1,971.99, manakala dagangan Indek Komposit Nasdaq merosot 32.29 mata (0.73 percent) kepada 4,393.67. Siasatan segera akan dilakukan berikutan nahas tersebut Sumber : Berita Harian

Khamis, 17 Julai 2014

Kanser Di Dalam Mulut – Dr. Husna Razak


Benjolan dan ulser yang berpanjangan

Kanser terjadi apabila struktur genetik (DNA) yang mengawal pertumbuhan sel-sel badan anda mengalami perubahan dan mutasi. Akibatnya, pertumbuhan sel-sel itu tidak lagi dapat dikawal oleh badan menyebabkan kemunculan sel-sel kanser. Sel-sel kanser ini kemudiannya akan membesar dengan cepat untuk membentuk tumor. Kanser mulut merupakan kanser yang ke-sebelas paling kerap dikesan di Malaysia, di mana dua kes baru kanser mulut dikesan setiap hari. Di Malaysia, kanser mulut paling banyak dikesan di kalangan kaum India dan diikuti kaum-kaum bumiputera Sabah dan Sarawak. 

Bagaimana kanser mulut boleh terjadi?
Terdapat beberapa faktor yang boleh meningkatkan risiko kanser mulut:

 1. Merokok

 Seperti yang diketahui umum, beberapa bahan dalam rokok adalah “carcinogen” iaitu ejen yang menyebabkan kanser. Berdasarkan kajian yang dijalankan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), hampir 60% daripada pesakit yang menghidap kanser mulut adalah perokok. Semakin banyak dan semakin lama anda merokok, maka semakin tinggilah risiko anda untuk mendapat kanser mulut.

 2. Tembakau dan sirih

 Amalan mengunyah sirih dan tembakau juga berkaitan dengan peningkatan risiko kanser mulut di India, Sri Lanka dan Asia Tenggara. Pengambilan sirih dan kapur, gambir, buah pinang dan sebagainya juga mengandungi “carcinogen” yang boleh menyebabkan kanser.

 3. Alkohol

 Tabiat mengambil minuman beralkohol dengan kerap meningkatkan risiko anda untuk mendapat kanser mulut sehingga 2.5 kali ganda atau sebanyak 155%. Risiko mendapat kanser mulut akan meningkat sehingga 5 kali ganda sekiranya anda seorang peminum alkohol tegar. Pengambilan alkohol dan tembakau (rokok atau kunyah) yang diambil bersama-sama dengan kerap boleh meningkatkan risiko mendapat kanser mulut berkali-kali ganda lagi.

 4. Human papilloma virus (HPV)

 HPV adalah sejenis virus penyakit kelamin yang boleh tersebar dari seorang individu kepada individu yang lain melalui sentuhan. Virus ini terutamanya HPV 16 dan 18 boleh menjangkiti bahagian mulut kerana kulit di bahagian kelamin dan mulut tidak banyak bezanya dari segi struktur. Virus ini dikaitkan dengan kes-kes individu-individu yang menghidap kanser mulut tetapi tidak merokok dan mengamalkan pengambilan minuman beralkohol.

 5. Radiasi

 Radiasi dari sinar matahari, sinar X dan gamma juga boleh menyebabkan sel-sel mengalami mutasi sekiranya anda terdedah kepada sinaran-sinaran tersebut untuk jangka masa yang lama. Amalkan memakai ‘sunscreen’ pada kulit atau pelembap bibir yang mengandungi pelindung sinar UV [Sun Protection Factor (SPF)] jika anda selalu terdedah kepada sinar matahari untuk jangka masa yang lama. 

6. Diet

 Walaupun kaitan makanan dengan kanser mulut tidaklah sekukuh merokok dan alkohol, terdapat beberapa kajian yang mendapati pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan, terutamanya yang mengandugi karotin (contohnya lobak merah, tomato dan buah oren) boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser mulut. Malangnya, di Malaysia, ramai pesakit yang telah berada pada tahap teruk apabila dikesan menghidap kanser mulut. Hampir 70% kes yang dikesan di hospital-hospital di Malaysia telah berada pada Tahap III dan IV yang menyebabkan kurang dari separuh daripada jumlah pesakit yang dikesan menghidap kanser mulut akan dapat hidup lebih dari 5 tahun selepas kanser dikesan.

 Pemeriksaan sendiri kanser mulut Sumber: http://stjamesdentalgroupcudahy.wordpress.com

Pemeriksaan sendiri kanser mulut

Hal ini boleh dielakkan dengan pemeriksaan sendiri di rumah dan melakukan pemeriksaan berkala di klinik. Pemeriksaan mulut kita sendiri tidaklah sukar. Anda cuma perlukan cermin dan pencahayaan yang mencukupi, dan hanya perlu ikut langkah-langkah mudah seperti berikut:

 1. Berdiri di hadapan cermin. Keluarkan gigi palsu (jika ada). Bersihkan tangan anda dengan sabun dan air yang bersih.

2. Angkat bibir atas anda dengan menggunakan jari. Perhatikan sebarang keganjilan di bahagian dalam bibir dan gusi. Ulang langkah sama untuk bibir bawah. (Gambar A dan D)

3. Dengan ibu jari dan jari telunjuk, picit bibir anda perlahan-lahan. Pastikan tiada benjolan atau ulser. (Gambar B).

4. Tarik pipi kanan anda, perhatikan sebarang keganjilan di bahagian dalam pipi dan gusi belakang. Ulang langkah ini dengan pipi sebelah kiri. (Gambar C).

5. Dongak kepala anda dan lihat lelangit anda. Gunakan ibu jari dan tekan lelangit perlahan-lahan untuk memeriksa sebarang keganjilan yang mungkin ada. (Gambar E).

6. Tekan lidah anda menggunakan batang kayu aiskrim atau berus gigi. Perhatikan bahagian belakang lidah dan tekak anda. (Gambar F).

7. Seterusnya, angkat lidah dan periksa bahagian bawah lidah dan gusi berdekatan dengan lidah. (Gambar G).

8. Akhirnya, gerakkan lidah anda ke kiri dan periksa bahagian kanan lidah. Ulang langkah sama untuk sebelah kanan. (Gambar H).

Apakah yang patut anda cari ketika pemeriksaan mulut sendiri?

Tompok putih yang tidak hilang setelah disapu dengan kapas.
Tompok merah Tompok merah dan putih yang bercampur
Ulser atau luka yang berpanjangan
Sebarang benjolan di dalam mulut dan leher
Kesukaran mengunyah dan menelan makanan.

Namun begitu, kehadiran mana-mana tanda yang disebut di atas tidak bermakna anda menghidap kanser mulut. Ia boleh juga disebabkan oleh keadaan lain yang mungkin tidak berkaitan dengan kanser. Doktor anda akan memeriksa dan menjalankan beberapa ujian lanjutan sebelum menentukan penyakit yang anda hidapi ketika temujanji.

 Kesimpulannya, adalah penting untuk kanser mulut dikesan awal supaya rawatan boleh dijalankan segera bagi menyelamatkan nyawa pesakit. Adalah lebih baik lagi jika tabiat yang meningkatkan risiko kanser mulut ini dihentikan sebagai langkah pencegahan.

 Dr. Husna Razak (BDS) (KLE VK) seorang pegawai pergigian yang sedang bertugas di Kota Bharu, Kelantan. Kenali beliau dengan lebih lanjut di laman The Team.

 Rujukan:

http://mouthcancermalaysia.um.edu.my/s tatistic.html http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/20192598 http://www.cancerresearchuk.org/cancer-info/cancerstats/types/oral/riskfactors/oral-cancer-risk-factors http://www.aaoms.org/docs/media/oralcancerselfexam.pdf

sumber : 

Jumaat, 11 Julai 2014

Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah




Walaupun hanya mendendangkan lagu nasyid di kawasan bazar Ramadan, bekas penyanyi utama kumpulan nasyid Raihan yang popular sekitar awal tahun 2000 itu tetap gigih meneruskan usahanya. Ustaz Nazrey Johari kini dilihat pergi ke bazar Ramadan seluruh negara untuk mengumpul dana membina sebuah pusat tahfiz yang diberi nama Maahad Tahfiz Bayu Syahadah di Ranau, Sabah. Pusat tahfiz ini disasarkan untuk golongan asnaf, anak yatim dan saudara baru mempelajari agama Islam. Masih teringat lagi suara merdu Nazrey menyanyikan lagu Harapan Ramadan bersama Manbai suatu ketika dulu. 

Sungguh mulia hati Ustaz Nazrey yang tidak kisah langsung menyanyikan lagu nasyid di bazar Ramadan untuk mengutip derma pembiayaan pusat tahfiz itu. Terkini Nazrey dilihat berada di pasar Ramadan di Kajang, Selangor. Kami juga ingin berkongsi dengan anda jika anda mahu menyumbang membiayai pembinaan pusat tahfiz ini. Ayuh kita sama-sama menyumbang Dana Pembinaan Al-Tahfiz Bayu Syahadah sempena Ramadhan yang penuh barakah ini. 


Sumbangan Ikhlas DANA PEMBINAAN AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH Ranau , Sabah 

:: AL-TAHFIZ BAYU SYAHADAH RESOURCES :: CIMB BANK 1230 0000 8331 09 
 ( akaun BARU CIMB CIMB: 8600627302 ) 

Dari Abu Hurairah dia berkata: Rasulullah bersabda:

 “Barangsiapa yang membantu seorang muslim (dalam) suatu kesusahan di dunia maka Allah akan menolongnya dalam kesusahan pada hari kiamat, dan barangsiapa yang meringankan (beban) seorang muslim yang sedang kesulitan maka Allah akan meringankan (bebannya) di dunia dan akhirat”




KELEBIHAN SAHAM WAKAF

KELEBIHAN BERWAKAF Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta yang kita miliki untuk kegunaan Umat Islam dengan niat sebagai ibadah untuk mendekatkan diri kita kepada Allah Subhanahu Wa Taala.

Para Fuqahah (ahli fiqh dan ulama') berpendapat amalan wakaf merupakan ibadah yang berbentuk sedekah jariah yang menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir terus kepada pewakaf buat selama-lamanya dan sangat dituntut dalam agama Islam. Ia merupakan suatu amal soleh yang mana pahalanya akan diberikan secara berterusan oleh Allah Subhanahu Wa Taala kepada pewakaf selagi mana harta atau ain yang diwakafkan itu kekal dan dimanfaatkan oleh orang ramai. Kedudukan harta wakaf adalah kekal sebagai hak Allah Taala, dengan demikian kedudukan harta waqaf tidak boleh dimiliki, dijual, dihibah ( diberi ) , diwarisi dan dipusakai. Allah S.W.T telah mensyariatkan wakaf, menganjur dan menjadikannya sebagai salah satu agenda untuk mendampingkan diri kepadanya dan memberikan pahala yang cukup besar bagi sesiapa yang menginfaqkan harta mereka ke jalan

Allah Taala sebagaimana firman Allah :-


 مَّثَلُ ٱلَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمۡوَٲلَهُمۡ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنۢبَتَتۡ سَبۡعَ سَنَابِلَ فِى كُلِّ سُنۢبُلَةٍ مِّاْئَةٍُ حَبَّةٍ۬‌ۗ وَٱللَّهُ يُضَـٰعِفُ لِمَن يَشَآءُ‌ۗ وَٱللَّهُ وَٲسِعٌ عَلِيمٌ ﴾ سورة البقرة : ۲٦١ 

 Mafhumnya :- “ Bandingan ( pahala ) orang-orang yang membelanjakan harta mereka pada jalan Allah seumpama sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji. Dan ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas ( KurniaNya ) lagi Maha Mengetahui”.

 ( Surah Al-Baqarah Ayat 261 )

 Rasulullah S.A.W sendiri amat menggalakkan umatnya supaya memperbanyakkan sedekah jariah sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A yang bermaksud :-

 عَنْ ‏أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِىَ اللهُ تَعَالى عنه ‏أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ ‏ ‏صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ‏ ‏قَالَ : ‏ ‏إِذَا مَاتَ ابْنُ آدَمَ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلاَّ مِنْ ثَلاثَةٍ : صَدَقَةٍ 

(جَارِيَةٍ ، اَوْعِلْمِ يُنْتَفَعُ بِهِ ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَهُ. ‏ ﴿ رواه مسلم 

 Maksudnya :- “ Apabila matinya seseorang anak Adam itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah , ilmu yang dimanfaatkannya dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kepada kedua ibubapanya. ( Hadis Riwayat Muslim ) 

 HIKMAH BERWAKAF Allah s.w.t berfirman didalam surah al-imran ayat 115 yang bermaksud: Dan apa sahaja kebajikan yang mereka lakukan, maka mereka tidak sekali-kali akan dinafikan atau disekat daripada mendapat pahala. Dan ingatlah allah sentiasa mengetahui akan keadaan orang-orang yang bertakwa.

Antara hikmah yang terdapat didalam ibadah wakaf ialah:

menzahirkan pengabdian diri kepada allah s.w.t
sebagai langkah mendekatkan diri kepada allah s.w.t
mendapat kebajikan yang berkekalan walaupun pewakaf telah meninggal dunia berkongsi manfaat dikalangan umat islam dalam menyemarakkan syiar islam.
Ianya dapat mengukuhkan perpaduan dan ekonomi ummah dan
Ianya juga secara tidak langsung dapat mengekalkan pemilikan dan pengkongsian aset umat islam di Negara ini khususnya.

Khamis, 10 Julai 2014

Pesanan Ustaz Kepada Seorang Suami Yang Curang

Untuk suami yang curang, baca dan hayati pesanan Ustaz Azhar Idrus ini: 

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya lebih ramping daripada isteri saya. Isteri saya gemuk. 

Ustaz : Perempuan simpanan kamu pernah melahirkan anak kamu ke? Tentu tidak, bukan? Kerana dia lebih sayangkan tubuh badannya berbanding kamu. Isteri kamu pula sanggup korbankan tubuhnya kerana dia lebih sayangkan kamu dari tubuhnya sendiri. 

Suami : Ustaz, perempuan simpanan saya manja dan lemah-lembut. Isteri saya langsung tiada masa untuk saya dan kadangkala dia garang dengan saya. 

Ustaz : Perempuan simpanan kamu tidak ada tanggungjawab untuk dipikul. Dia tidak perlu tahu masalah kamu, hutang-piutang kamu. Kerana itu dia sentiasa gembira bersama kamu. Berbanding dengan isteri kamu dia memikul semua masalah kamu. Masanya terpaksa dibahagi untuk menjaga kamu dan anak-anakmu. Kerana dia tahu menjaga anak-anakmu adalah tanggungjawabnya dan itu tanda cintanya padamu. 

Suami : Isteri saya jarang memujuk saya berbanding perempuan simpanan saya. Dia sentiasa memujuk saya. 

Ustaz : Isteri kamu sudah puas memujuk anak-anakmu bila mereka bertanya bila kamu akan pulang. Anak-anak mengadu tentang kamu yang tidak pernah mengambil tahu tentang mereka. Isteri kamu sudah cukup melindungi maruah kamu di mata anak-anakmu sedangkan kamu masih sibuk bergelumang dengan dosa bersama perempuan simpanan kamu. Perempuan simpanan kamu itu pernahkah terfikir tentang maruah kamu? 

Suami : Tapi ustaz.. 

Ustaz : Beginilah, jika isteri kamu tidak cukup sempurna untuk kamu, kamu ceraikan saja dia. Mungkin dia terlalu baik untuk lelaki yang tidak tahu bersyukur seperti kamu. Cuba kamu fikir, kalau bukan kerana dia korbankan bentuk tubuhnya kerana kamu, sepanjang hayat kamu tidak akan melihat waris keturunan kamu. Kalau dia mahu, dia juga boleh memilih untuk mencintai dirinya sendiri dari mencintai kamu. Tetapi itulah pengorbanan seorang isteri yang tidak pernah kamu hargai. Bukan dia yang tidak cukup sempurna untuk kamu tetapi kamu yang tidak layak mendapat isteri sepertinya. Lebih baik kamu nilai diri sendiri dari kamu menilai isteri kamu kerana dia adalah ibu kepada anak-anakmu.

Isnin, 7 Julai 2014

TRAGIS !!! Kasih Abang Sampai Ke Mati…


Alor Gajah : Seorang abang yang tidak tahan melihat sembilan adik hanya berbuka bubur nasi dan air kosong, dibelasah dengan kayu sampai mati oleh bapanya selepas menyatakan hasrat mahu keluar bekerja bagi mencari rezeki. 

Dalam kejadian menyayat hati di Kampung Jawa, di sini, Muhamad Hafiz Abd Ghani, 17, ditemui mati oleh ibunya pagi tadi selepas dia dikatakan tidak sedarkan diri selepas dibelasah bapanya yang berusia 52 tahun, petang semalam. 

 Tragedi itu dikatakan berpunca daripada Muhamad Hafiz yang tidak sampai hati melihat sembilan adiknya hanya menjamah bubur nasi dan air kosong setiap kali waktu berbuka menyebabkan dia menyatakan hasrat untuk keluar mencari pekerjaan sementara. 

 Bagaimanapun, tindakan itu mencetuskan kemarahan bapanya yang dipercayai seolah-olah tercabar lalu membelasah anak sulung keluarga itu. Menurut ibu mangsa Siti Habibah Ismail, 38, pertelingkahan antara anak dan suaminya bermula kira-kira jam 5 petang semalam hingga waktu berbuka sebelum mangsa rebah di ruang tamu dan dibawa masuk ke bilik. 

Katanya , dia terpaksa memapah anaknya ke dalam bilik sebelum meminta bantuan jiran berdekatan untuk memanggil ambulans namun dihalang suami yang mendakwa Muhamad Hafiz hanya penat dan tidak cedera. 

 “Sepanjang anak terbaring dalam bilik, saya beberapa kali menjenguknya kerana risau sebelum mengejutkannya untuk bersahur namun tiada tindak balas dan menyangkakan anak dia masih lagi tertidur. 

“Bagaimanapun kira-kira jam 8.30 pagi tadi, suami keluar rumah dalam keadaan tergesa-gesa tanpa membawa dokumen penting dan telefon bimbit menyebabkan saya curiga dan memeriksa keadaan anak sebelum menghubungi bantuan kecemasan.

“Pasukan paramedik yang tiba tidak lama kemudian mengesahkan anak saya sudah meniggal dunia,” katanya. Sementara itu Timbalan Ketua Polis Daerah Alor Gajah Deputi Superintendan Abd Rahman Jid berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras menyebabkan mangsa rebah di ruang tamu sebelum anggota paramedik mengesahkan mangsa meninggal dunia. – myMetro.

Sabtu, 5 Julai 2014

SELUAR BERUSIA 3,300 TAHUN DITEMUI

Beijing: Penemuan sehelai seluar yang dipercayai berusia lebih 3,000 tahun adalah sesuatu yang mengejutkan dan sekalipun ia kelihatan usang dan lusuh tetapi tetap kelihatan utuh. Seluar itu ditemui bersama pakaian lain di kawasan perkuburan Yanghai di Lembangan Tarim, di China.

Seluar yang diperbuat daripada tiga cebisan kain itu dijahit bersama dan hasil tenunan dapat dilihat dipermukaannya. Lebih menarik lagi, ia dipercayai pakaian yang digunakan untuk menunggang kuda. Seluar yang dianggarkan berusia lebih 3,300 tahun itu juga dianggap sebagai yang tertua pernah ditemui.

 Penemuan itu juga memberi ilham kepada penyelidik Ulrike Beck dari Institut Arkeologi Jerman di Berlin untuk mencadangkan bahawa penciptaan seluar itu adalah untuk digunakan bagi menunggang kuda. 

Penyelidik turut menemui serpihan seluar bulu yang dipercayai digunakan sejak abad ke 10 dan 13 sebelum Masihi.

Seluar tertua untuk menunggang itu dipercayai mula digunakan sejak 4,000 tahun lalu.

Penyelidik juga menemui peralatan kuda dan senjata. Mereka membuat andaian bahawa ciptaan pakaian itu terbahagi kepada dua bahagian, iaitu untuk dua kaki dan kemaluan, dikaitkan dengan zaman baharu menunggang kuda bertujuan memudahkan pergerakan ketika berperang. Penyelidik menyifatkan seluar sebagai perlindungan yang penting kepada manusia untuk meningkatkan kualiti fizikal. Ia lebih bersesuaian berbanding jenis pakaian lain seperti jubah.

 Laporan penemuan itu sudah dikeluarkan untuk kegunaan antarabangsa dan menyokong idea penciptaan seluar menunggang untuk kegunaan gembala yang sering berpindah-randah. - AGENSI

 SUMBER : BERITA HARIAN

Jumaat, 4 Julai 2014

RAKYAT MALAYSIA KONGSI PEMBELIAN DALAM TALIAN DI LAMAN SOSIAL

Coretan dari Akhbar ~~~

KUALA LUMPUR, 26 Mac 2013(Bernama) -- Majoriti pembeli Malaysia berminat untuk berkongsi pembelian dalam talian mereka di laman rangkaian sosial popular seperti Facebook, Twitter dan Pinterest, demikian menurut syarikat e-dagang utama Jepun, Rakuten Inc.

 Ia berkata mengikut kajian yang dikeluarkan baru-baru ini daripada Indeks E-dagang mereka, kaji selidik global mengenai trend membeli-belah, lebih dua pertiga (67 peratus) daripada mereka yang disoal di Malaysia akan mengesyorkan produk melalui platform media sosial mereka. "Kecenderungan Malaysia untuk membeli-belah secara sosial menonjol pada skala global, berada di tempat kedua selepas Indonesia yang mengambil tempat teratas dengan 78 peratus," demikian menurut Rakuten dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut syarikat itu, buat kali pertama Malaysia dimasukkan dalam kajian yang mendapati keutamaan membeli-belah secara sosial di pasaran. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Shopping Masaya Ueno, berkata penemuan menunjukkan bahawa Malaysia memanfaatkan gelombang membeli-belah sosial, selaras dengan trend global. 

"Terdapat peningkatan yang pasti dalam pengguna menggunakan talian membeli-belah mereka dalam dua tahun yang lalu dan kami menjangka ini terus meningkat pada kadar yang stabil, terutama dengan proliferasi menghubungkan rangkaian sosial kepada laman e-dagang.

"Ia menandakan keperluan untuk membeli-belah dalam talian untuk mengintegrasikan ciri-ciri yang membolehkan pengguna dengan mudah berkongsi pembelian mereka di saluran sosial dalam usaha untuk meningkatkan pengalaman mereka secara keseluruhan selaras dengan permintaan dan tingkah laku mereka," katanya.

 -- BERNAMA

Maksudnya.. peningkatan pembelian dalam talian di laman sosial di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat.

Khamis, 3 Julai 2014

Cara Gunakan Bitly

Assallammualaikum semua.. saja nak share bagi yang tak tau kegunaan BITLY. kegunaan benda ni adalah.. bagi pendek korang punya pautan je.

Contohnya link ni..

Sebelum :

https://www.facebook.com/awanarifcollection?ref=tn_tnmn

Selepas :

http://on.fb.me/1o4nxZB

gini la jadinya.. selamat mencuba:)


Isnin, 12 Mei 2014

7 days to go

Assallammualaikum..

Saja boring2 xda idea nak post apa. Haha.. Esok public holiday. Im working tomorrow.

My son pula akan merengek.. X suh p keja la.. Nanti umie beli minuman la.. Macam2.. Permata hati yang Allah bagi. Semakin lama..semakin petah bercakap.. Semakin suka bertanya.. Kenapa begini.. Kenapa begitu.. Sikap macam 'abang2'.. Kdg macam 'baby2'. Tapi kalu majuk.. Boleh tahan.. Mengamuk pun sama.
Semoga menjadi anak yang soleh.. Cerdik.. Bijak.. Taat pada suruhan Allah.. hormat pada orang tua.. Taat pada ibu bapa.. Semua yang baik2 umi doakan untuk anak ummi yang hensem.. Yang arif lagi bijaksana. Amin.


Ahad, 20 April 2014

Month of April

Assallammualaikum..

Macam lama sangat tak kemaskini. Sibuk dengan buku sahaja. Haha.. Hari tu baca buku dari penulis SR. Memang berbaloi. Harga tu. Mahal jugak lah. Tapi best. Haha.. Masalahnya sehari semalam da habis baca. Geram nak tau citer selanjutnya kan. Haha..

Dah habis baca tu pulak. Sibuk nak layan my prince and my king. Jadi tak boleh la mengupdate.

Misi sekarang nak habiskan baca buku dari penulis Irfan tu. Yang jutawan internet tu. Mesti korang tau kan. Saja cari buku motivasi. Untuk bagi motivasi diri yang kurang bermotivasi ni. Wokey la.. Jumpa lagi. Da baca buku tu. InshaAllah ada review nanti.

Ahad, 6 April 2014

April Ful

Assallammualaikum..

Rasanya dah lama tak masuk dan mengupdatekan blog ni. Takde masa nak mengrearragekan blog. Kalu tak. Mesti ada yang senget2. Haha.. Faham-faham je la kalau da memang tak reti tapi try and error juga. Hehe...

April fool.. Ya itu lah yang nak dikatakan.. Sejak kawin ni. Lupa dan hampir ingat pasal bulan ni. Cuma yang di ingat. My lovely sis birthday bulan ni. Well.. Its today. Heppi birthday sis..

My hubby said its haram. We r talking about 1 April. Tak sempat gugle lagi kenapa. Tapi.. Masa hari tu. I heard... Friend of mine said. Mungkin harga minyak naik malam ni.

Dalam hati nie.. Takkan naik lagi pula. Takde announcent pula pasal kenaikkan harga minyak. Tapi oleh kerana memang minyak keta tinggal tunggu berkelip2 men mata gitu. Jadi.. P la isi minyak. Tapi lupa cek kat pam tu. Ada ke notis harga naik.

Tapi bila balik rumah. My husband said. About 1st April. Baru la ter'notis' & perasan. Somebody mungkin saja nak main2.

Nanti bila da dapat info pasal kenapa haram nyer tu. Akan cuba di share kat sini.

Selasa, 25 Mac 2014

Pray For MH370




Al Fatihah & takziah buat penumpang dan waris MH370.. 

Sedih bila dengar sidang akhbar dari PM jam10pm tadi.

Jauh di sudut hati masih mengharapkan ada penumpang dan juga kru MH370 yang terselamat.
Semua yang terjadi ada hikmahnya..


Semoga apa yang sebenarnya terjadi terungkai. Kenapa? Bagaimana? Bila? Dan macam2 lagi soalan.

Selasa, 18 Mac 2014

Hari Selasa~

Assallammualaikum.. busy day coz im wpi orking today. awal pagi jammed macam biasa. Ngantuk menghadap jammed yang teruk. Cuaca cerah ceria seperti semalam... Semoga misi pencarian MH370 dipermudahkan dan diberikan olehNya petunjuk. AMIN.

Isnin, 17 Mac 2014

Hari Ini

Assallammualaikum.. hepi monday..:)

Hari ni.. cerah ceria seperti biasa. jerebu kat kawasan nie tahap baik. Alhammdullillah..
Hari ni juga masuk hari ke 10 Misi pencarian MH370. Sehingga sekarang belum ada ditemui lagi..
Hari ini juga husband outstation untuk projek dokumentari Petronas (kalau tak silap).
Hari ini dah sebulan usia blog ni.. kosong..kosong... but better than nothing...
Hari ni..
Hari ni..
Hari ini..

Huhu...

Sabtu, 15 Mac 2014

Senyum – Malique & Najwa


Jom layan lagu ni kejap untuk menghadapi hari-hari yang penuh pancaaroba. tu dia.. pancaroba ?? hehe


Khamis, 13 Mac 2014

Misteri Kehilangan MH370



Assallammualaikum semua..

Negara kita di gemparkan dengan kehilangan pesawat MH370. Pesawat ini di percayai hilang di sempadan Vietnam pada 8hb Mar 2014. Kini dah nak masuk hari ke-6. Belum ada berita mengenai nasib pesawat ini.

Bermacam-macam spekulasi yang boleh kita baca di laman-laman sosial. Bermacam andaian yang terlintas di fikiran. Apa yang kita harapkan semoga pesawat berkenaan ditemui dan penumpang semua dalam keadaan selamat. Amin..

Sebagai rakyat Malaysia yang prihatin.. sama-sama la kita berdoa agar pencarian ini di mudahkan olehNya. Sedih bila mengingatkan ada bayi 2-3 tahun turut sama berada dalam pesawat berkenaan.


Sabtu, 8 Mac 2014

Koleksi Buku ~~~

Last two week.. bila selongkar buku aka novel yang ada. hah. ni la yang jadinya. Hero dok kacau. konon nak bantu umie susun buku. kite dah susun elok.. Hero2 tolong "susun" balik bagi "elok" lagi. Seronok la sangat.

Ini adalah antara koleksi novel dan buku yang ada. rak buku.. nak kena cari tempat penyimpanan yang selamat. pasal hero2 dah pandai "baca" buku novel2 nie. hehe

Koleksi novel Ramlee Awang Mursyid yang paling banyak ada dalam simpanan. Bukan semua adalah. Adalah sikit-sikit gitu:). Ada yang korang berminat. hehe..

Rabu, 5 Mac 2014

PROMOSI APPLE QURAN

Assallammualaikum semua..:)

Promosi Apple Quran - RM34.00 (Termasuk kos penghantaran)
Promosi sehingga April 2014

APPLE QURAN

Antara ciri-ciri Apple Quran ini adalah:-
1. Kecil dan comel
2. Terdapat 16 surah
3. Terdapat 26 doa
4. 6 lagu kanak-kanak
5. Mengajar cara solat subuh.



Jika berminat sila hubungi : 011 2685 7119 / atau ke Fanpage Famili . Klik, Like & Share .. tq:)

Rabu, 26 Februari 2014

Isnin, 24 Februari 2014

BAJU KURUNG PAHANG FREE POSTAGE

BAJU KURUNG PAHANG

Mencari baju kurung pahang. Di sini ada beberapa pilihan. Cuci mata dulu ya :)




✔ Material High Quality Cotton (AAA)


✔ Material Cotton Baldu


UKURAN BAJU.. SILA RUJUK DI SINI

Sekiranya berminat. sila tinggalkan pesanan. Terima Kasih.